TITLE-TEXT

TAJUK CUBA , ...
title

TITLE-TEXT

TAJUK CUBA , ...
title

test2

test2

Misteri Bilik Terakhir

Ni cerita lama,saja nak upkan balik..



Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,


























"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu.
Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

" Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa "
Ha Ha Ha Ha Ha "
Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "







Tahniah kerana minat membaca.

Punggung janda muda basah juga akhirnya...

71609050.jpg Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di
sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda
menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya
memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yanmg berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia
bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya
memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar
pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah
hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan
penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau
amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang
malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal
berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah
amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam
dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tuk!!! Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! Syukurlah!!!
"kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya
yang diketuk itu.
Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an
berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu.
Senyuman mereka berdua jelas kelihatan didalam samar-samar cahaya torch light milik
lelaki itu.

Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.
Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya
meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras
berdenyut.
Lelaki itu memimpin Imah berjalan. "Adik duduklah di sini" kata lelaki itu.
Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki
itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin.

Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.Tak pernah Imah merasa punggungnya sebasah ini. Seolah2 dugaan ini memang hebat.
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata
"Ohhh!! Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana
tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!" Jawab Imah "Yalah!!
Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni
nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi.
Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah
saya menunggu di sini".

Lelaki tadi terus menghidupkan semula enjin sampannya lalu terus ke pusat
pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan.

Begitulah kisah bagaimana
punggung Imah jadi basah
...
hehehe...

Teknologi Baru Untuk Mengesan Kedudukan orang.....


http://www.selular.co.id/showImage.php?imgDir=news&imageFile=news_20081020070510_252_0.jpg&thumb=largeKalau nak tahu di mana orang yang tersayang anda berada, cuba clik website di bawah. Masukkan no hp bermula dengan kod negara contohnya 6012 /6017 /6013/6019 /6016 diikuti dengan nombor.

Teknik ini PERCUMA yang bagus untuk mengesan mereka2 yang hilang atau di kehendaki ...
Untuk memulakan pencarian anda sila klik :

KLIK DISINI

Terima kasih

Cerita Air - Belum Diketahui Kesahihannya

http://keetsa.com/blog/wp-content/uploads/2008/03/water-conservation.jpgAir merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"


Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya " Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.

Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik... maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :

"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Nilai sebuah harta...renung2kan lah

http://shaffik.com/wp-content/uploads/2009/05/duit.jpgKisah yang insyaAllah menjadi tauladan pada diri anda dan sahabat sekalian.

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya senyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.


Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg dihajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-Quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah yahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat..cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh..

Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...

Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu.. penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...


p/s: Hargailah pemberian seseorang walaupun ianya amat kecil di mata kita.

Pengalaman Hidup Seorang Tukang Gantung.


http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2008/11/tali_gantung.jpgHUKUMAN gantung sampai mati merupakan hukuman paling berat yang boleh dijatuhkan ke atas mana-mana orang perseorangan yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta tertentu seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang negara. Hanya seseorang wanita yang sedang mengandung sahaja boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut tetapi mahkamah boleh menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup seperti yang termaktub di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yang menakutkan ini.Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung'.Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spirituil. Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa' tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?'' katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.


Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut'. Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini.Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia... orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,'' katanya.
Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan. Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain. Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu... selalunya semakin berat seseorang banduan,semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya.Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini,'' katanya.

Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu. Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan' daripada mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar,'' katanya sambil ketawa.
Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah.Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta.Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas. Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal' kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.

Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas... tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna.Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,'' katanya.

Mengenai `gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara. Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang' dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya pulang' dan dia pun terus menghilang kan diri.

Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata,'' katanya sambil tersenyum. Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara. Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara,'' ujarnya.

Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit.Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah.Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama.Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?

Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah pemergian' mereka dirahmati-Nya,'' ujar beliau.
Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis .Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear' di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan...keajaiban itu tidak pernah berlaku!''.

Cara mendapatkan Full Bar Coverage


http://www.joshuatly.com/wp-content/Images/yellow%20man.jpgFull Bar Coverage

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.





Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jgn marah kalau dah terkena......

Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....

Rileks..... Layan Lawak SAM DOL

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-JCF-CmEaV5TeFCyY4IlZNbHbkcd2djAUc2dXQW1f3dKCp_Y5KfbabXT3dhoVHEmJ_8OlG7mgkd8OdhbGYol0l_yGeU1pYbQLF32QSbvChzLF2TFGuTSgR2v_fc_pqqEQ_c23uf6Rp6pf/s320/raja+lawak+astro.PNG
SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!

SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya... ..

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jum[pa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah... . hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer... .

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu... .
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kamoung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

SAM: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
DOL: Francis Mild!

SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

Kisah Lelaki Bila Terlalu Handsome....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisblGn-2tkeOjvhhulvVcMCSxZ5QO5zxS6izx1QBjbcSvSOvpcl5u61zHcSl84OTLqMjQnJo3XXr9uWiYsGfYTMZ0G4yqwJSQ1Hi-wIsYoS901_ki9X6dqai9R9JrbzdDaG5AMK4YJVek/s320/handsome-ugly-man_weird-picture-5_49.jpgSeperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa. Adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi
aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan-cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat...dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih..

Setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal.. Intan, awek cun-melecun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku...
dier le awek aku yg paling last...

Muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver...

Takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete
besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or
bakal awek aku... Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti... Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie...

Yang Benar Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang


Botol plastik dalam kereta.....!!!!

Peringatan Utk Wanita:

http://wb7.itrademarket.com/pdimage/19/1279819_botol330mla_triomega.jpgHai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah
berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di
acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah
diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,
terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada
di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol
memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi
tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah
ditinggalkan di dalam Kereta, dan
kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati,
dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan
toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka
telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan
gelas stainless steel atau botol
kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak
perempuan mengetahui ini semua.


WARN YOUR WIVES/GIRLFRIENDS AND DAUGHTERS

Berhati-hati beli ikan di pasar

Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orang Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnya pada semua umat Islam.)

Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negara Thai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan
itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura.

Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam... Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar. Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu?

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam air yang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adala bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama Dan kelihatan masih 'fresh', keras Dan segar bila sampai ke distinasinya.

Tahu kah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN?

FOMILIN merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama. Bahasa omputih 'embalm'..

Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini.
Sekarang.............................................
Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari mengandungi
kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli ikan di pasar...

Ada caranya untuk Kita mengesan. Kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi
lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Fomilin...
Kerana ..

Lalat lebih mengetahui......

Wallahualam. .........

Menolong orang yang sedang nazak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkfWej1H8ebJr1Bvf5G_ysOtcbnuIOlzX2JIaiJ6JwE3qu8sk-zj7YD5-vDEnIpAg-1JrQ_rdByJmwqD5efgdoFeGBr6-5FhgDu8dz_pKA28E1AHSWBVZWRF5QJEAg2sBiJw61CMRD5Y0/s400/Nazak.jpgDIPANJANGKAN. .......... .

MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN

Assalammualaikum

Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz
Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

MenurutUstaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akanmengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang
tersendiri dan bermacam2 ragam (setengahdengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akanmenjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita
'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah
nazak.

iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untukmenimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca bolehmembantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin , berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz 'Laa ila ha illallah'.

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap 'Laa
ila ha illallah'lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam
menghadapisakaratul maut. Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYAdlm membuat amal kebajikan den gan cara yang betul bukan semata2melalui ikutan adat. Amiin.

Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama.

Wassalam.




Misteri Sebuah Perasaan Yang Indah

Tidak semua pertemuan itu berakhir dengan percintaan..
Namun setiap percintaan itu adalah hasil dari sebuah pertemuan..

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan..
Dan perpisahan itu pula bukan bermakna berakhir nya sebuah percintaan..
Misteri sebuah perasaan yang indah.. Klise bukan..??

Itu lah realiti kehidupan yang aku hendak berkongsi sama.. Petang itu aku tiba dari Ipoh, aku lihat begitu ramai manusia mundar mandir dengan arah tujuan masing masing. Aku duduk di satu sudut kedai, merenung jauh..

"Kemana kah arah tujuan aku selepas ini?" ligat aku memikir kan intipati tujuan datang ke bandar ini. Sedang tiada sebarang sebab yang munasabah aku kemari. Terdapat pula kebayoran iaitu syurga kelas menengah atas yang anggun, keributan beli belah dan makan makan di warung Blok M.. Aku pasif seketika..

Mengapa.. Seingat aku, aku tidak punyai sebarang saudara mara apatah lagi kenalan di bandar ini. Terasa kaki aku mula seperti di gigit gigit. Mungkin kerana keletihan akibat dari banyak berjalan merayau di dalam pekan. Aku abai kan kesakitan kaki aku. Mata aku masih merenung jauh kedalam kelibat manusia yang lalu lalang..

Tenggelam dalam kelam dan punca, termangu tanpa sebab.. Aku keseorangan tanpa peneman hidup.

Sudah agak lama aku tidak kemari ke bandar ini, mungkin kerana banyak imbauan nostalgia yang malas di ungkai dalam benak aku. Memang sukar untuk aku tafsir kan perasaaan apakah yang sedang bermain di sanubari aku waktu itu. Aku mula memulakan kembali langkah apabila terasa lega dari kesakitan, tapi setiap langkah aku bagai diperhatikan oleh sepasang mata. Semakin jauh aku meninggal kan kenangan..

Kali ini dia kembali muncul dalam kenangan aku, aku mungkin dapat meninggal kan kampung halaman..
Aku juga telah tekad untuk meninggalkan tempat tempat yang membawa nostalgia buat diri aku.. Tetapi bagaimanakah untuk aku meninggalkan hati dan perasaan aku?! Aku buntu..

Suasana bandar itu agak asing buat diri aku, dan aku masih lagi tidak tahu dimana kah aku akan bermalam pada hari itu..

Aku serah kan pada Yang Maha Esa.. Matahari telah mula meredupkan sinar nya dan petang makin kelam.. mega merah muncul dan senja pun bertandang kembali..

Dan aku? Aku masih lagi dalam suatu perjalanan yang samar samar.. kesamaran arah dan tujuan..

Kata orang tua tua.. Pertembungan antara siang dan malam adalah waktu yang amat di gemari oleh golongan halus.. Pertembungan antara panas dan sejuk.. Cerah dan redup.. Pertembungan di antara realiti kehidupan manusia berusaha mencari nafkah untuk meneruskan hidup..

Bertemankan cahaya terang di waktu siang.. Dan juga masa untuk manusia di ulit mimpi fantasi di sebalik kesamaran rembulan yang memberi sinar. Di celah kegelapan waktu malam..

Aku akur dengan hukum kejadian alam.. Kali ini kaki aku merasa kebas seolah olah benda tajam mencucuk cucuk.. Ditambah pula hati aku sering berdebar dicakupi pula dengan keadaan waktu senja.. Apakah kawasan ini di kuasai golongan halus??

Aku harus mencari tempat untuk berlindung dari dingin malam..
Dimana? Dan kemana kah tujuan aku sekarang? Di satu bandar yang tanpa teman..

Masa berlalu begitu pantas untuk membawa pulang mega senja di awan.. Dan malam pun datang bersama sepi.. Angin malam meniup lembut menerjah kemuka muka aku membawa bersama aroma wangian malam ke benak aku..

Antara sedar atau tidak aku seperti di datangi igauan indah ketika dalam kedinginan bayu malam.. Malam semakin kelam..

Antara khayalan dan harapan.. Bagi menemani aku yang sendirian di kegelapan malam.. Siapa kah gadis yang aku cari tika perasaan indah menjelma sekarang? Aku mula memasang angan angan.. Angan angan yang di sambut dengan kesakitan yang perit pada jari kaki aku..

Aku sudah tidak tertahan.. Aku..

Aku mengangkat kaki aku dan melepas kan satu penendang.. Terperosok di penjuru si Napi terkial kesakitan akibat satu penendang sulung pahlawan bertopeng tuan nya ketika tidur petang..

"Ko napi.. takder benda lain ke nak gigit?? Dah ler remote tv abih ko gigit.. jari aku pon ko nak baham jugak ke??"

Napi diam seribu bahasa..



Moral of the story :


Jangan tidur petang melangkaui waktu senja dan jangan tinggalkan remote tv anda di lantai kelak menjadi makanan si Napi..

Rintihan BOHSIA SUCI..........

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg04CwkeCIgDemyxTsKgWCz9NaHCTTti1UxIbn03mbX_JL1XfhmlFPibEX3f8KwJccbIXfRY_DAop1fpez6UsoIm3WHtN5cm_JuOpRUhHTYGz6GAQypl3rREB0S-hqvVuON2I_G4PLVKmJ6/s400/bohsia1.jpgHari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka... .

"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.

"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2. apalah yang nak dihairankan..?

"But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!

"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku. aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri.Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.

"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu.Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.

Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada,hidupnya memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa.Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.

Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni. kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau. dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.

"Eh! Gebunya minah ni..cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!

Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang lampu hijau tu.Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.

"Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang.

"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"




Hahahahahahaha.................

Gambar Blue... 18sx...

Ini ada satu gambar yang saya hendak kongsikan bersama anda.....
Tapi sebelum itu pastikan anda telah melebihi 18 tahun....

Sebelum tu.. kalau anda tidak tergamak untuk melihatnya.. lupakan sahaja niat anda
PASTIKAN TIADA ORANG DI SEKELILING ANDA atau ANDA DI KELILINGI OLEH ORANG LAIN.. maklumlah nak tengok gambar Blue..

SYYYYYYYYYYYYYyyyyyyyyyyyy..........

(Lihat Bawah)

.

.

.

.

.

.

.

.

Sensasi

.

.

.

.

.

.

.

.

Kontroversi

.

.

.

.

Jen-jen-jen

.

.

.

.

.

.

.













Yeaha!

Jgn MARAH aaa..

AWAS..!!!! Ilmu Hitam

http://exposemistik.files.wordpress.com/2009/02/santau.jpgNotis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali.

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari.
Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur , Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.

Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan
Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.

Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.

Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Berkuasa Mengesan Dan mengalahkan Penjenayah ini.


Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.

Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat Mujarab Iaitu :



























RIDSECT




Membunuh Serangga Dengan Berkesan.

takkanmarah kut?!

Awas apabila ketawa...! Kah..kah..kah..ooppsss

http://joshua619.files.wordpress.com/2008/08/laughingcat.jpgMenonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pon ketawa berdekah-
dekah. Kenapa harus ketawa?

Lantaran hati kita ni digeletek oleh lelucon pelawak2. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pon, orang2 boleh ketawa. Ngomong2 di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat"
"KAH KAH KAH KEH KEH KEH"

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda
yang bermaksud:

"Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada
Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan
diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh
Allah..".

sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripaa Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

"Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa

"KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA... ?????

ntah knp..skrg nih member aku sk sgt antar email yg cam gini kat aku..tak tau la...tp aper2 pn aku sk gk..kdg2 bernas jugak aper yg diceritakan...
dan sbg sokongan aku untuk kawan aku tu...aku sk sgt2 nak share ngan korang semua...AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA......


Beza Lelaki & Wanita


Lelaki


"Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. "

Wanita :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab kan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.



>>>MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. (Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

terima kasih...semoga aper yg diceritakan nih memberikan kita sedikit ilmu...


<

[Monolog Seekor Lalat.]...baca jgn tak baca... ..

Prolog.
Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah
berakhirnya kehidupan seekor lalat.

'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku
'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.
...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

******************************************************************

Nama aku Mat.
Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu kurang ajar betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah lah tak bagi signal...' atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway, nasib baik ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak tak tahulah aku...' atau ' Ngko ingat aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kaliansehari-hari.

Aku ?
Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan Sampah Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong sampah sahaja.

Malam tadi,........
semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku dihina sebegitu rupa seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya aku lebih baik dari dia.

Seberapa ketika kemudian ................
aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebihkotor, lebih celaka !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung tidak membasuh tangan.

Apabila hari dah pagi,
aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian. Sudah rezeki aku.

Sambil makan, ......
aku melihat pada sehelai surat khabar. ..........
Aku membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.(aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan sadisnya oleh manusia,kematian lalat yang disembur dengan Ridsect atau heltox,kematian lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat terkena renjatan elektrik pada
perangkap ultra violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan. Kalian memang memualkan aku.

Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang,
aku terfikir. Kenapa aku dituduh dengan bermacam-macam tomahan?
Aku tidak pernah berak atas badan kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi aku?.Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir kalian, itu dikatakan manis? Kenapa bila kalian pening-pening dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang dipipiskan lada' ?
Eh, itu burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau.
Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata kalian.

Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui 40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya, aku masih dipandang hina dan bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas........
Aku perlu mencari tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran. Bukan tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu, aku mampu pengsan selama
berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah tempat yang berhawa dingin, sebuah pejabat yang cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh konsentrasi. Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak menyedarinya. Terlalu
asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer.

'Ah !, sebuah
Blog dengan nama Life Is A Fairytale...terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada
kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia sedang berpura-pura berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..' bisik hati kecil aku.

Manusia, manusia...
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita lalat.
Menarik sangat kah cerita seekor lalat?. Entahlah....
...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

*********************************************************************

Epilog.
Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100 harinya. Mungkin itu sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia
mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.

He he he. Jangan marah lalat.
(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada lalat...)

Kisah Hidupku Yang Malang...

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong.. Yaaaa.., aku masih ingat nama itu.., dialah yg memiliki kami.

Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Apa yg aku ingat.., setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi. Aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh impati. simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..

Aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh impati.., simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri. Kerana mereka sedar mereka juga bakal menerima nasib yang sama. Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.. Sungguh indah pemandangan bandaraya ini.

Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan.. Tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa.. Joe tiba-tiba berhenti.., melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-olah ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..

Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku.., dilurut-lurutnya berkali-kali.. Aku rimas diperlakukan begini. Namun apakan daya.., sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.

Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali.. terasa sekujur tubuh ku membahang.. menjalar hingga ke bahagian puting.. Uhhh. TIDAK!!!.. Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku.. tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe.. engkau manusia berhati binatang.., syaitan bertopengkan manusia..

Joe menghela nafas panjang.., bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. Apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Apakah dia kini menyesal? Syukurlah jika begitu.. Masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis..

Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. Entah berapa kali jam ditangan direnunginya.. Sayup2 kedengaran beberapa suara.., seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.

Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini.. Aku resah dengan renungan itu.. Renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.., Roy. Begitu juga dengan yg lain2.. Jack, Poie dan sigemuk.., Agi.

Roy membisikkan sesuatu pada Joe.. Dan tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. Dari tangan ke tangan aku berpindah. Aku dikucup.., diisap.., diramas sepuas-puasnya.

Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. Seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. Tubuh ku dikecap mereka sepuas hati dan akhirnya setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang.

Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam? Tidakkah mereka sedar.. Aku juga punya harga diri. Syaitan2 itu tak mungkin akan mengerti.. Kini.., tinggallah aku sendirian.. Menangis.. Merintih.. Mengenangkan nasib hidupku. Ya.. Inilah nasib hidupku...............

Itulah aku SEPUNTUNG ROKOK.

Debaran malam pertama... sedapnya..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjijBa3FWhG-J-qS4tAZDRN2fcYHPSPy11ydF3okJksCflbeMqfT4_nTDY2vluMXIy7JVrRZZygaVXjZ7lIzdYybjwjqj3OSVt7jdEOwN6pecL_5BrjjX6GVbk6eldYBBt4ByAybaK_If8/s400/malam+pertama.jpgSejak petang suasana mendung dikampung membuatkan aku keluh kesah menanti malam hari menjelang... maklum lah pengalaman pertama aku nie yang buat aku merasa tak keruan dan penuh gairah menanti malam yang tak kunjung datang....

Aku hanya mampu tersengih sengih jer dan tersemyum kambing bile mata ibuku mengerling kearahku sambil tersenyum ... dalam hati aku berkata eh orang tua nih dapat baca ke fikiran aku nie maklum lah orang dah banyak pengalaman katakan..

Malam yang ditunggu tunggu dah tiba apa lagi aku mundar mandir di hadapan bilik tidur ku.. family ku semakin heran dengan gelagat ku...Tapi aku heran mak bapak ku tak heran langsung macam dorang dah tau jer apa yang aku nak buat nih... aduhhhh...

Aku gagal mengawal nafsuku lagi tanpa memperdulikan family aku terus jer terjah masuk ke kamar tidur ku ... oh alang kah bahagia nya.. malam ini aku pun terus mendapatkan sidia yang telah lama menunggu ku dengan penuh sabar...

Dengan rakusnya aku terus jer menerkam mangsaku itu... aku tak pedulikan semua lagi niatku hanya satu aku tunaikan hajat ku yang satu ini...

Dalam suasana suram di temani cahaya pelita ohh.. sungguh romantis nya... kini hanya aku dan sidia...

Tanpa banyak bicara dan rasa segan silu nya aku mulakan langkah pertama....dengan rakus nya jari jari ku yang kasar ini menyelak lapisan pertama pakaian sidia........ oh teruja nya aku........aku bertambah rakus bila ku lihat bulu bulu halus yang indah itu ku selak satu persatu kemudian aku semakin galak benda yang aku idam idamkan selama ini terpampang di hadapan mata.....

Aku terus menerkam , mengigit dan menjilat biji yang tersusun halus tu...... Mak ai..iiiiiiii sedap nya jerit ku....

Tiba tiba ...............









terkejut satu family yang tengah mengendap di sebalik pintu ingin melihat apa yang aku lakukan...

selamba jer aku terus mengigit biji biji jagung dengan penuh gairah nya...

Sedap nya tak terhingga... inilah pertama kali aku merasa keenakan kali pertama aku dapat memakan jagung kalau tak silap kira kira umurku 6 tahun...

Sebenarnya jagung tu aku rembat, ibu baru beli dari ladang jiran aku hehehe dan aku bakar ketika semua family aku tak de kat umah....

itulah pengalaman pertama aku makan jagung ... buat teman teman yang membaca apa yang aku tulis nie maaf ye aku gurau gurau jer saje je nak citer pengalam kecik2 yang kadang kala tu buat kita tergelak sendiri...


hehehehe kita lihat sape yg kena... hehehe klau korang suke ke tak puas ati ker sile komen huhuhu .... eh aku pun kena gak.... cau cin cau... nanti aku citer lagi ...

http://farm4.static.flickr.com/3556/3566223918_230729a1fa.jpg

salam sayang buat semua..............perggghhhhh

Mari bunuh SYAITAN,,,,,,!!!!!!

Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri
akibat penyakit kronik. Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan
untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau
perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah
tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum,
sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun
bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan
oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang
agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.
Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain….

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti
kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah
jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.
“Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu
bersatu/bersetubuh kannn… abang kann… dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan”.
Kata si suami “ye kerr… tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang
sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg…” sambil ketawa.
Si isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri
berkata, “Banggg, jom kita bunuh syaitan bang…”. Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, “Banggg, jom kita bunuh syaitan bang…”.
“Tak pe… tunggula malam nanti”.
Esoknya si isteri berkata lagi, “Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg…”. Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata lagi, “Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg… “.
Si suami tiba-tiba marah dan berteriak … “Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang…!!!”

MORAL OF THE STORY ….
JANGAN CARI ISTERI MUDA KALAU DAH TAK MAMPU!!!

Pontianak - Sebuah Kisah Seram dan Benar

PONTIANAK ......http://farm4.static.flickr.com/3142/2467788922_c9e94d72ea.jpg

Cerita ni kawan dapat dari member kawan kat Negeri Sembilan, Kg. Arab, kira-kira 1 minggu yang lepas ... kesahihan yang tiada kepastian..... Satu malam tu, adala sorang mamat sedang menunggu durian jatoh disebuah pondok burok, tunggu punya tunggu maka ternampak lah dia satu lembaga terbang lalu minum air yang terdapat dilopak berhampiran, dibiarkan saja ia berlalu kerana dia kesaorangan.

Keesokan harinya, diceritakanlah kepada rakan-rakannya. Kat situ adalah pulak seorang tua terdengar lalu berkata, " kenapa tak ambil paku dan cucokkan padanya, pasti ia akan bertukar menjadi wanita yang cantik dan kau bolehlah mengawininya..", sambil memberi mamat tu sebatang paku sepanjang 6 inci.

Keesokan malamnya mamat tu menunggu durian lagi, maka terjadilah apa yang disangkanya macam malam lepas, pontianak itu pun turun lagi untuk minum air dilopak tersebut, dengan segera pemuda tu berlari lalu mencucokkan paku dibelakangnya, pontianak itu terbang dengan suara yang agak kesakitan tambah menyeramkan. Terpinga-pinga pemuda tersebut melihatnya.....

Maka keesokan hari, dia memberitahu orang tua tu perkara berlaku, lantas dia ditegur oleh
orang tua tu kerana pemuda tu tersalah cucok paku, yang sepatutnya di cucok ditengah ubun-ubun kepala pontianak itu. Tapi mamat tu pergi cucok ditengkoknya, apa lagi,
meraungla dia...!

Malam itu ditunggunyalah lagi mamat tu ditompek biaso, pondok durian, sambil berharap malam tu akan berhasillah usahanya itu. Tapi agak sekian lama ditunggunya ( agaknya
pontianak tu lambat pasal nak cabut paku semalam tulah kot....! ). Jenuh jugalah dia menunggu, maka hampir terlelaplah dia, tetiba datanglah pontianak itu, jeng..! jeng..! jeng..!
Dengan penoh ghairah dan berani sekali diajukanlah paku itu ditengah-tengah kepala pontianak tu untuk mencucoknya. TAPI dengan tak disangka-sangka, pemuda tu tergamam
seketika lalu lari lintang pukang......!

Kenapa pulak....???

Sipontianak pulak bila lepas minum lalu terbang dengan senang hati sambil ketawa mengilai-ngilai. Keesokan harinya, pemuda tu mengeloh panjang sambil mengadu didepan orang tua tu, kerana tak dapat mencucok paku dikepala pontianak dan harapannya untuk kahwin dengan perempuan cantik musnah, hampeh dan buang karan jer........!!!!

" Apo sobabnyo jang...? ", orang tua itu bertanya pada pemuda tu.

" Pak cik nak tahu sobabnyo.................!

Poie tengok dibawah sana haaa...!! Frah ( frust ) , den..!"


Scrolllah kebawah apa lagi....................

bawah sikit lagi......

lagi

dan.....




lagi.......






















PONTIANAK TU PAKAI HELMET LAH......!!

Kisah Benar... MESTI BACA!!!!

http://3.bp.blogspot.com/_PW1ROfj7XgU/SsgtirUKLQI/AAAAAAAAASM/IjAAoZESwcs/s400/seram+1.jpgKisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut).

Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik , beliau akan berjaya.



Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang . Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin . Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar.

Akhir nya dia ketemu,dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukan lah Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Mata nya kelihatan tersebul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah

Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya.Bulu romanya meremang . Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri .

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Omar . Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa bergitu kata hatinya.

Selepas makan Salleh terus masuk tidur . Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka mata nya tetapi berasa amat berat sekali . Salleh pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya .

Akhirnya beliau dapat berteriak memanggil bapanya . Kemudian beliau pengsan. Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir . Dia kembali terlelap.

Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid . Dia menanya bapanya apa yang berlaku . Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Omar.

Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi .Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya.

Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur.....

Tiba - tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik ....apa ni !!!

Salleh berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya dia cuma melihat dari jarak kaki dari kubur tersebut.Dia melihat orang - orang dewasa seperti mengangkat sesuatu .

Melihat dari memek muka mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di talian bebas tol :

603-5111055-238

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus


Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.


UBI......UBI...SAPER NAK BELI UBIIIII....


.hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... aku pun kena jugak.."




YOUR POST TITLE

Posted by AUTHOR
MM-DD-YY