Tidak semua pertemuan itu berakhir dengan percintaan..
Namun setiap percintaan itu adalah hasil dari sebuah pertemuan..

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan..
Dan perpisahan itu pula bukan bermakna berakhir nya sebuah percintaan..
Misteri sebuah perasaan yang indah.. Klise bukan..??

Itu lah realiti kehidupan yang aku hendak berkongsi sama.. Petang itu aku tiba dari Ipoh, aku lihat begitu ramai manusia mundar mandir dengan arah tujuan masing masing. Aku duduk di satu sudut kedai, merenung jauh..

"Kemana kah arah tujuan aku selepas ini?" ligat aku memikir kan intipati tujuan datang ke bandar ini. Sedang tiada sebarang sebab yang munasabah aku kemari. Terdapat pula kebayoran iaitu syurga kelas menengah atas yang anggun, keributan beli belah dan makan makan di warung Blok M.. Aku pasif seketika..

Mengapa.. Seingat aku, aku tidak punyai sebarang saudara mara apatah lagi kenalan di bandar ini. Terasa kaki aku mula seperti di gigit gigit. Mungkin kerana keletihan akibat dari banyak berjalan merayau di dalam pekan. Aku abai kan kesakitan kaki aku. Mata aku masih merenung jauh kedalam kelibat manusia yang lalu lalang..

Tenggelam dalam kelam dan punca, termangu tanpa sebab.. Aku keseorangan tanpa peneman hidup.

Sudah agak lama aku tidak kemari ke bandar ini, mungkin kerana banyak imbauan nostalgia yang malas di ungkai dalam benak aku. Memang sukar untuk aku tafsir kan perasaaan apakah yang sedang bermain di sanubari aku waktu itu. Aku mula memulakan kembali langkah apabila terasa lega dari kesakitan, tapi setiap langkah aku bagai diperhatikan oleh sepasang mata. Semakin jauh aku meninggal kan kenangan..

Kali ini dia kembali muncul dalam kenangan aku, aku mungkin dapat meninggal kan kampung halaman..
Aku juga telah tekad untuk meninggalkan tempat tempat yang membawa nostalgia buat diri aku.. Tetapi bagaimanakah untuk aku meninggalkan hati dan perasaan aku?! Aku buntu..

Suasana bandar itu agak asing buat diri aku, dan aku masih lagi tidak tahu dimana kah aku akan bermalam pada hari itu..

Aku serah kan pada Yang Maha Esa.. Matahari telah mula meredupkan sinar nya dan petang makin kelam.. mega merah muncul dan senja pun bertandang kembali..

Dan aku? Aku masih lagi dalam suatu perjalanan yang samar samar.. kesamaran arah dan tujuan..

Kata orang tua tua.. Pertembungan antara siang dan malam adalah waktu yang amat di gemari oleh golongan halus.. Pertembungan antara panas dan sejuk.. Cerah dan redup.. Pertembungan di antara realiti kehidupan manusia berusaha mencari nafkah untuk meneruskan hidup..

Bertemankan cahaya terang di waktu siang.. Dan juga masa untuk manusia di ulit mimpi fantasi di sebalik kesamaran rembulan yang memberi sinar. Di celah kegelapan waktu malam..

Aku akur dengan hukum kejadian alam.. Kali ini kaki aku merasa kebas seolah olah benda tajam mencucuk cucuk.. Ditambah pula hati aku sering berdebar dicakupi pula dengan keadaan waktu senja.. Apakah kawasan ini di kuasai golongan halus??

Aku harus mencari tempat untuk berlindung dari dingin malam..
Dimana? Dan kemana kah tujuan aku sekarang? Di satu bandar yang tanpa teman..

Masa berlalu begitu pantas untuk membawa pulang mega senja di awan.. Dan malam pun datang bersama sepi.. Angin malam meniup lembut menerjah kemuka muka aku membawa bersama aroma wangian malam ke benak aku..

Antara sedar atau tidak aku seperti di datangi igauan indah ketika dalam kedinginan bayu malam.. Malam semakin kelam..

Antara khayalan dan harapan.. Bagi menemani aku yang sendirian di kegelapan malam.. Siapa kah gadis yang aku cari tika perasaan indah menjelma sekarang? Aku mula memasang angan angan.. Angan angan yang di sambut dengan kesakitan yang perit pada jari kaki aku..

Aku sudah tidak tertahan.. Aku..

Aku mengangkat kaki aku dan melepas kan satu penendang.. Terperosok di penjuru si Napi terkial kesakitan akibat satu penendang sulung pahlawan bertopeng tuan nya ketika tidur petang..

"Ko napi.. takder benda lain ke nak gigit?? Dah ler remote tv abih ko gigit.. jari aku pon ko nak baham jugak ke??"

Napi diam seribu bahasa..



Moral of the story :


Jangan tidur petang melangkaui waktu senja dan jangan tinggalkan remote tv anda di lantai kelak menjadi makanan si Napi..

0 comments

Post a Comment


YOUR POST TITLE

Posted by AUTHOR
MM-DD-YY