PONTIANAK ......http://farm4.static.flickr.com/3142/2467788922_c9e94d72ea.jpg

Cerita ni kawan dapat dari member kawan kat Negeri Sembilan, Kg. Arab, kira-kira 1 minggu yang lepas ... kesahihan yang tiada kepastian..... Satu malam tu, adala sorang mamat sedang menunggu durian jatoh disebuah pondok burok, tunggu punya tunggu maka ternampak lah dia satu lembaga terbang lalu minum air yang terdapat dilopak berhampiran, dibiarkan saja ia berlalu kerana dia kesaorangan.

Keesokan harinya, diceritakanlah kepada rakan-rakannya. Kat situ adalah pulak seorang tua terdengar lalu berkata, " kenapa tak ambil paku dan cucokkan padanya, pasti ia akan bertukar menjadi wanita yang cantik dan kau bolehlah mengawininya..", sambil memberi mamat tu sebatang paku sepanjang 6 inci.

Keesokan malamnya mamat tu menunggu durian lagi, maka terjadilah apa yang disangkanya macam malam lepas, pontianak itu pun turun lagi untuk minum air dilopak tersebut, dengan segera pemuda tu berlari lalu mencucokkan paku dibelakangnya, pontianak itu terbang dengan suara yang agak kesakitan tambah menyeramkan. Terpinga-pinga pemuda tersebut melihatnya.....

Maka keesokan hari, dia memberitahu orang tua tu perkara berlaku, lantas dia ditegur oleh
orang tua tu kerana pemuda tu tersalah cucok paku, yang sepatutnya di cucok ditengah ubun-ubun kepala pontianak itu. Tapi mamat tu pergi cucok ditengkoknya, apa lagi,
meraungla dia...!

Malam itu ditunggunyalah lagi mamat tu ditompek biaso, pondok durian, sambil berharap malam tu akan berhasillah usahanya itu. Tapi agak sekian lama ditunggunya ( agaknya
pontianak tu lambat pasal nak cabut paku semalam tulah kot....! ). Jenuh jugalah dia menunggu, maka hampir terlelaplah dia, tetiba datanglah pontianak itu, jeng..! jeng..! jeng..!
Dengan penoh ghairah dan berani sekali diajukanlah paku itu ditengah-tengah kepala pontianak tu untuk mencucoknya. TAPI dengan tak disangka-sangka, pemuda tu tergamam
seketika lalu lari lintang pukang......!

Kenapa pulak....???

Sipontianak pulak bila lepas minum lalu terbang dengan senang hati sambil ketawa mengilai-ngilai. Keesokan harinya, pemuda tu mengeloh panjang sambil mengadu didepan orang tua tu, kerana tak dapat mencucok paku dikepala pontianak dan harapannya untuk kahwin dengan perempuan cantik musnah, hampeh dan buang karan jer........!!!!

" Apo sobabnyo jang...? ", orang tua itu bertanya pada pemuda tu.

" Pak cik nak tahu sobabnyo.................!

Poie tengok dibawah sana haaa...!! Frah ( frust ) , den..!"


Scrolllah kebawah apa lagi....................

bawah sikit lagi......

lagi

dan.....




lagi.......






















PONTIANAK TU PAKAI HELMET LAH......!!

0 comments

Post a Comment


YOUR POST TITLE

Posted by AUTHOR
MM-DD-YY